Selamat Bersara
>> Saturday, January 30, 2010
Kali pertama saya bertemu dengan Tuan Hj Johar adalah sewaktu melapor diri ke IPG Tengku Ampuan Afzan (ketika itu MPTAA) pada 4.3.2005 yang lalu. Waktu itu beliau adalah Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. Secara jujur, saya dimaklumkan oleh beberapa rakan senior tentang "aura" beliau di maktab ini bahawa dia seorang yang tegas, serius dan sukar didekati..
Namun persepsi itu tidak berjaya mempengaruhi diri ini. Hari-hari yang saya lalui tidak seperti yang disangkakan. Pendekatan saya yang bersifat 'di mana rumput dipijak, di situ langit dijunjung telah menjadikan hubungan kami berjalan dengan ketawa hilai dan usik mengusik. Dia akan "kena" dengan saya dan saya pun akan "kena" pulak dengan dia. Ramai juga kawan-kawan hairan dengan kebolehan saya 'menjinakkan'nya...sori, perasan pulakkk...
Lebih lima tahun berada dibawah perhatian beliau, kini tiba saatnya beliau bersara. Alasan persaraannya yang lebih awal dari tarikh sepatutnya adalah kerana faktor kesihatan, keselamatan dan keluarga. Tujuh tahun lebih menjadi kaum nomad, bujang kelamin dan bujang lapok, cukup mengajarnya erti kesabaran, pengorbanan , kesunyian, kerinduan, keletihan, kepenatan, kebosanan, kegigihan, komitmen, dan survival dihujung perkhidmatan.
Kini, semuanya sudah berakhir dan bermula tuan sebagai pesara. Selamat datang ke dunia persaraan.......
0 comments:
Post a Comment