Dengarlah cerita kami.....(2)

>> Tuesday, January 26, 2010

Waktu rehat...itulah saat dan waktu penting guru pelatih. Mereka yang tidak bersarapan pagi dan ada juga yang suka menjamak makanan sangat prihatin dengan jam 10.30 pagi. Mereka akan gelisah jika pensyarah terlajak waktu. Mereka perlu bersegera ke kantin atau kafe untuk mengalas perut. Semua guru pelatih akan menggunakan masa keemasan tersebut untuk berebut makanan sebelum minit-minit terakhir berlalu.

Mereka juga terpaksa beratur untuk mengambil makanan dan beratur pula untuk membayar. Ruang mengambil makanan dan membayar sangat sibuk ditambah dengan para pensyarah sendiri turut ingin menjamu selera.

Semua perlu dibuat dengan pantas dan segera. Masa hanya setengah jam. Orang kantin pun tak cukup tangan. Makan dan minum pun tidak selesa. Ada khabar mengatakan pihak pengurusan akan merakam gambar dan memerhati dengan penuh minat kalangan pelatih yang lewat meninggalkan kantin dan kafe.

Persoalannya, apakah keadaan tersebut perlu berlarutan? Adakah begitu suasana campus life
yang kondusif? Apakah waktu rehat tidak boleh dirombak supaya suasana rehat dapat berjalan dengan suasana harmoni? Sedarkah kita bahawa fenomena begitu tidak berlaku di tempat lain?

Adalah lebih seronok dan harmoni waktu rehat diblokkan dengan membahagikan sebahagian pelatih memulakan waktu rehat lebih awal dan sebahagian yang lain menyambungnya selepas itu..Tak salah untuk kita mencuba kerana peraturan itu kita yang menyusunnya bukannnya hakiki...fikir-fikirkanlah.....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin