Kejelasan vs kekaburan

>> Saturday, January 30, 2010

Kejelasan dan kurang komunikasi mendorong kita membuat keputusan kurang tepat. Lebih malang jika sesuatu keputusan besar sesebuah organisasi didasarkan kepada persepsi dan tidak berpijak di bumi nyata. Kenapa kita terdorong untuk membuat keputusan jika akal dan fikiran tidak dituruti. Sebaliknya, rasa sangsi dan nafsu yang menguasai diri menjadi pegangan hati.

Itu tafsiran yang boleh saya fahami bila meneliti polimik yang melingkari persekitaran diri kini. Tafsiran serta ulasan yang diterima dimanipulasi tanpa merujuk hakikat sebenar. Keadaan menjadi rumit dan merumitkan persekitaran. Bayangkan jika polimik ini melibatkan personaliti yang menjadi teras utama organisasi..

Benarlah kata pepatah....

gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah..

fikir-fikirkanlah...

Read more...

Reunion IBKL 87/89....(2)

Setelah mengirimkan surat kepada beberapa orang rakan mengenai program reunion IBKL, respon yang saya terima sangat memberangsangkan. Mansor Deraman yang bertugas di SK LKTP Bukit Goh, UJang Si Lurah Bilut, Mohd Zahir di PPD Sungai Petani menyebarkan maklumat ini lebih meluas. Boleh dikatakan setiap hari, saya menerima panggilan telefon, melawat ke blog, mengunjungi facebook dan menerima salam ingatan.

Ismail Marni, Harun Abd Ghani, Azman @ Ipin, Azmi Rembau, Rozzaman Che Din, Hamidon Zain, Yusnizam dan ramai lagi mula kutemui semula. Mohd Akhir Hamzah dan Jefry Lazim membalas mesej sms dengan penuh ceria...

Reunion IBKL 87/89 mula menjadikan diriku sering tidak lena tidur....terasa rindu pada kalian semua......Semoga Allah swt merestui usaha kita bersama...

Read more...

Dengarlah cerita kami.....(4)

Berapa kad awak ada?

Itu soalan saya pada sekumpulan anak didik yang sedia cerdik.

Kali ni, persoalan mereka adalah pasal kegunaan kad matrik. Apa perlu kami memiliki berbagai kad? Untuk keluar asrama, ada kad. Nak pinjam buku, ada kad, nak balik kampung ada kad atau buku kuning.

Apa yang pelik pada mereka, kad matrik langsung tak berfungsi!!!! Hanya sekadar digantung di leher!!!

Ada benarnya luahan mereka. Apa tidaknya, sewaktu mereka di kolej matrikulasi dan institusi pengajian yang lain, mereka hanya perlu menggunakan sekeping kad sahaja, itulah KAD MATRIK!!!!, Ke library ke, balik kampung ke, keluar ke bandar ke, atau apa-apa saja, kad matrik adalah "nyawa" pelajar. Tak perlu kad lain, tak perlu lagi berbagai kad...fikir-fikirkanlah....

Read more...

Selamat Bersara

Kali pertama saya bertemu dengan Tuan Hj Johar adalah sewaktu melapor diri ke IPG Tengku Ampuan Afzan (ketika itu MPTAA) pada 4.3.2005 yang lalu. Waktu itu beliau adalah Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. Secara jujur, saya dimaklumkan oleh beberapa rakan senior tentang "aura" beliau di maktab ini bahawa dia seorang yang tegas, serius dan sukar didekati..

Namun persepsi itu tidak berjaya mempengaruhi diri ini. Hari-hari yang saya lalui tidak seperti yang disangkakan. Pendekatan saya yang bersifat 'di mana rumput dipijak, di situ langit dijunjung telah menjadikan hubungan kami berjalan dengan ketawa hilai dan usik mengusik. Dia akan "kena" dengan saya dan saya pun akan "kena" pulak dengan dia. Ramai juga kawan-kawan hairan dengan kebolehan saya 'menjinakkan'nya...sori, perasan pulakkk...

Lebih lima tahun berada dibawah perhatian beliau, kini tiba saatnya beliau bersara. Alasan persaraannya yang lebih awal dari tarikh sepatutnya adalah kerana faktor kesihatan, keselamatan dan keluarga. Tujuh tahun lebih menjadi kaum nomad, bujang kelamin dan bujang lapok, cukup mengajarnya erti kesabaran, pengorbanan , kesunyian, kerinduan, keletihan, kepenatan, kebosanan, kegigihan, komitmen, dan survival dihujung perkhidmatan.

Kini, semuanya sudah berakhir dan bermula tuan sebagai pesara. Selamat datang ke dunia persaraan.......

Read more...

Dengarlah cerita kami.....(3)

>> Tuesday, January 26, 2010

Pergi hospital....Buang masa jer!!!!! gitu bunyi luahan hati seorang pelatih. Bayangkan, betapa susahnya kami kalau nak pergi hospital!!!Bila sampai hospital, doktor akan tanya, sakit apa? Lepas tu, tulis nama jenis ubat dan pergi dispensari ambil paracetemol( panadol) dan sebagainya. Lepas tunggu lagi kereta datang ambil.

Bila kami nak pergi, kami perlu gi dapat surat dari sebuah jabatan, pas tu cari tutor, pas tu gi tunggu kat lobi pejabat untuk dapat kenderaan. Bayangkan kalu tutor tak ada, atau tutor tiada di jabatan, kami kena telepon dan cari di mana kau berada wahai tutorku!!! Oh!!!seksanya, kalu sakit di sini. Dahlah sakit, terpaksalah pula melalui berbagai birokrasi..

Syor mereka, selaku sebuah institusi yang bakal mengeluarkan graduan, tidak bolehkah kita mewujudkan sebuah bilik rawatan siapkan dengan pengamal perubatan. Kami tak perlu lagi isi borang itu ini, jumpa orang itu ini, tak payah tunggu itu ini, tak payah tabik orang itu ini dan banyaklah tak payahnya jika kita ada bilik rawatan.. kami juga tak payah balik asrama jika sakit, boleh duduk di bilik rawatan sahaja..

Encik,,,waktu kami di sekolah dulupun ada bilik rawatan, takkan kita tak boleh wujudkan bilik rawatan.....fikir-fikirkan lah

Read more...

Dengarlah cerita kami.....(2)

Waktu rehat...itulah saat dan waktu penting guru pelatih. Mereka yang tidak bersarapan pagi dan ada juga yang suka menjamak makanan sangat prihatin dengan jam 10.30 pagi. Mereka akan gelisah jika pensyarah terlajak waktu. Mereka perlu bersegera ke kantin atau kafe untuk mengalas perut. Semua guru pelatih akan menggunakan masa keemasan tersebut untuk berebut makanan sebelum minit-minit terakhir berlalu.

Mereka juga terpaksa beratur untuk mengambil makanan dan beratur pula untuk membayar. Ruang mengambil makanan dan membayar sangat sibuk ditambah dengan para pensyarah sendiri turut ingin menjamu selera.

Semua perlu dibuat dengan pantas dan segera. Masa hanya setengah jam. Orang kantin pun tak cukup tangan. Makan dan minum pun tidak selesa. Ada khabar mengatakan pihak pengurusan akan merakam gambar dan memerhati dengan penuh minat kalangan pelatih yang lewat meninggalkan kantin dan kafe.

Persoalannya, apakah keadaan tersebut perlu berlarutan? Adakah begitu suasana campus life
yang kondusif? Apakah waktu rehat tidak boleh dirombak supaya suasana rehat dapat berjalan dengan suasana harmoni? Sedarkah kita bahawa fenomena begitu tidak berlaku di tempat lain?

Adalah lebih seronok dan harmoni waktu rehat diblokkan dengan membahagikan sebahagian pelatih memulakan waktu rehat lebih awal dan sebahagian yang lain menyambungnya selepas itu..Tak salah untuk kita mencuba kerana peraturan itu kita yang menyusunnya bukannnya hakiki...fikir-fikirkanlah.....

Read more...

Dengar cerita kami.....(1)

Kalau ahli politik dan organisasi kerajaan ada sesi bertemu pelanggan, apa salahnya, kita buka peluang untuk anak didik kita berdailog dengan niat untuk menggalakkan proses berfikir. Program dailog seringkali menemukan kita dengan berbagai perkara yang di luar jangkaan. Apatah lagi, anak didik kita sangat ramai, berbagai peringkat umur, datang dari berbagai daerah dan ceruk rantau.

Mereka juga sudah mengalami proses pengajian di berbagai peringkat. Ada yang pernah bernaung di bawah kolej matrikulasi, uiam, sekolah elit, dan selebihnya mereka juga sudah terdedah dengan berbagai pengalaman. Cuma bezanya pengalaman itu kecil atau besar jer...

Kesempatan memberi ruang untuk mereka meluahkan isi hati mereka siang tadi sungguh mengujakan. Ibarat kata Karam Singh Walia, terbakar rumah nampak asapnya, terbakar hati, siapa yang tahu...

Banyak yang diluahkan, cuma mereka mohon agar tidak mendedahkan identiti. Harapan mereka hanya satu...sudilah mendengar cerita kami encikkkkk!!!!!!

Read more...

Genap 10 bulan...

Tulisan ini sekadar merakam detik ulangbulan (ulangtahun) musibah yang menimpa diri saya sepuluh bulan yang lalu.. Tarikh 10 bulan yang lalu, 25 Mac 2009, membawa titik hitam dalam hidupku. Namun hingga kini, InsyaAllah, saya masih tabah menerima ujian Allah ini.

Pertemuan dengan doktor pakar dua pekan yang lalu menyatakan keadaan head pemer saya agak complicated. Doktor dari Pantai Medical Centre syorkan pembedahan untuk ganti bahagian tersebut tapi mempunyai risiko tertentu...Doktor suruh fikir baik-baik.

Kini sewaktu menuai gaji pada 25 Jan 2010, bermakna dah sepuluh bulan saya bergelar OKU tak rasmi. Namun setakat ini, saya masih mampu bertahan untuk menyampaikan kuliah cuma tak mampu untuk bergerak seperti dulu-dulu...semoga para guru pelatih sedia menerima kekurangan saya untuk terus bertahan hingga bulan Jun nanti....

Read more...

Gajah oh gajah....

>> Tuesday, January 19, 2010

Tulisan ini sekadar meluahkan perasaan para pelanduk yang bersusup-sasap mencari tempat perlindungan bila gajah-gajah sedang beradu kudrat. Para pelanduk yang kononnya cerdik seperti dalam cerita Pelanduk/Sang Kancil dengan buaya, Sang kancil dengan harimau, membawa diri mencari pokok-pokok dan semak samun supaya tidak terpijak dek kaki gajah.


Apa gerangan gajah-gajah jadi begitu? Adakah segala makanan di hutan sudah habis ditelan haiwan lain? Adakah kawasan jajahan takluknya semakin mengecil? Apakah gajah betina semakin pupus? Atau kah gerombolannnya semakin mengecil? Dan mungkinkah, umur gajah yang semakin tua maka gajah muda mula mencongak kuasa? Dan seribu kemungkinan yang entah apa-apa lagi......pening juga kepala pelanduk


Oh pelanduk, pandai-pandailah kau membawa diri. Jaga dirimu baik-baik. Tubuhmu kecil, otak mu belum tentu cerdik mengolah fikiran, badan mu tentulah kecil jika dibanding dengan gajah. Cerdikmu pelanduk hanya dalam cerita rakyat, dalam fiksyen dan dongengan penglipur lara tapi belum tentu cerdik dalam alam nyata....fikir-fikirkanlah

Read more...

Pakej Umrah 2010

>> Sunday, January 10, 2010

Seperti maksud sabda Nabi Muhammad saw, rebutlah 5 sebelum 5. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. Gitulah maksud hadis yang saya ingat.

Pada tahun ni, saya akan menganjurkan satu pakej umrah untuk sesiapa saja yang berminat. Kosnya RM 3800.00 dengan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Razali Al Hafiz. InsyaAllah, saya dah tekad untuk menjadi tetamu Allah swt pada hujung tahun nanti.

Saya harap ada kawan-kawan yang sudi menemani saya mengerjakan Umrah pada Disember 2010.

Kalau ada sesiapa yang berminat harap hubungi saya.

Read more...

Penat giler...

Minggu pertama sesi kuliah yang bermula 4 Januari lalu sungguh memenatkan!!! saya masih terkial-kial untuk menyesuaikan diri. Nak buat Lam PT pun dah bingung. Tapi bila berdepan dengan student, sejam rasa sekejap jer.. minggu ni, kira dapatlah jumpa semua student yang akan saya hadapi sepanjang semester ni. Tiga unit jer dengan jumlah jam sebanyak 9 jam. 3 jam bagi setiap unit. No problem bro...

Ada seperkara dua yang menjadikan saya amat penat pada minggu lepas. Berjalan dan duduk lama -lama di Dewan Kuliah A kerana sesi taklimat perancangan awal tahun dan sesi taklimat peperiksaan. Berjalan dari JIP ke DK A amat memenatkan. Tapi apakan daya, itukan kewajipan jua.

Makin tambah penat bila perut buat hal. Nature call gitu..terpaksa turun dari makmal komputer menuju tandas OKU di tepi unit peperiksaan. Dah sampai, bekalan air pula tiada. Cari pula tempat lain. Kadang2 sedih juga bila kemudahan untuk kes orang macam saya tidak diambil perhatian oleh orang lain. Waktu cuti panjang dulu dah bagitau tolong repair tapi dok macam tu juga..

Akhirnya, hati tambah boring bila orang kuat JTP bagitau saya tak boleh guna MK sepanjang semester dan diminta mencari tempat lain untuk tujuan kuliah.. Nampaknya terpaksalah saya cari tempat lain........

Terfikir juga untuk plan B...balik jer ke sekolah yang dekat rumah tapi tak sampai hati pula bila tengok wajah-wajah student...tapi kalu dah terpaksa, apa boleh buat.

Read more...

Ole-ole Jakarta Bandung

>> Saturday, January 2, 2010

saya mulakan tahun baru 2010 dengan mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua khasnya yang sering berkunjung ke laman saya ni. Sebagai entry pertama untuk tahun baru ni sengaja saya menulis kembali catatan pengalaman perjalanan ke Jakarta Bandung pada 24 hingga 28 Disember 2009 yang lalu.

1001 macam peristiwa yang melingkari perjalanan 5 hari 4 malam yang kami lalui dengan penuh semangat setiakawan dan kesatuan hati. Bermula dengan suasana gembira, cemas, risau, gementar, teruja, bingung, bengang, lucu, kelakar, dan entah apa-apa perasaan lagilah.. tapi semuanya dilalui dengan selamat jua akhirnya. Mission accomplished gitu!!!

Yang bestnya, berlaku peristiwa pelik. Peristiwa pelik ni jarang berlaku di Malaysia. Tapi ianya berlaku dengan banyaknya di Bandung...BEG BERANAK!!!!! Bidan yang mengendalikan proses kelahiran anak beg adalah para JUTAWAN.....

Kapan-kapan datang lagi pak......

Read more...
Blog Widget by LinkWithin