Power betul Pelanduk Putih tuuuu....
>> Tuesday, May 15, 2012
Maka diterajangnya pelanduk putih akan anjing raja waktu mengejarnya. Anjing raja itu pun terjatuh ke dalam sungai. Anjing tu cuba merangkak naik, lalu diterjahnya tebing sungai tersebut hingga terpisah tebing tersebut dengan tanah besar hingga hanyut menjadi Pulau Langkawi!!!!!
Seisi bas rombongan ketawa besar bercampur gelihati bila mendengar celoteh pemandu pelancong yang menamakan dirinya Asri. Keramahannya bermula bila semua orang sudah berada dalam bas berhawa dingin yang akan membawa kami semua untuk mengelilingi(baca meninjau) tempat--tempat menarik di sekitar Pulau Langkawi tersebut.
Kisah anjing tadi diceritakan semula oleh beliau ketika kami melihat tanda nama "Kubur Lama" dalam laluan ke Mukim Ulu Melaka dengan tujuan nak beli kain batik jawa. Dari situlah beliau mengatakan cerita anjing raja yang ditendang oleh pelanduk putih tidak terhenti di situ saja. Raja yang melihat kehebatan pelanduk putih terus menjadikan tempat itu sebagai negerinya yang baharu. Dan di bawah pohon melaka tempat baginda berteduh itulah diistiharkan negeri Melaka. Sampai di situ saja riwayat Pelanduk putih dan anjing perburuan raja tadi seperti yang diceriterakan dalam buku Sejarah Melayu.
Rupanya akan si Asri tadi disambung pulak cerita, akan anjing yang kena tendang dek pelanduk putih tu. Anjing yang cuba merangkak naik tebing bagi menerkam pelanduk tu pulak terpisah jauh dari tanjung itu kerana tanah tempatnya merangkak naik tadi telah terpisah dari tanah besar kerana akibat terjahan si pelanduk putih tadi....maknanya tanah tu sampai terpokah kerana diterjah oleh sang pelanduk putih tadi!!!!!!
Perggghhh,,,power betul pelanduk putih nihhh....itu yang jadi bahan tawa besar kami..ingatkan cerita anjing tu terhenti takat raja istihar negeri, rupanya, tanah yang diterjah pelanduk hanyut ke utara menjadi Pulau Langkawi!!! MasyaAllah.....
Bagi menguatkan hujah lisannya, nama Mukim Ulu Melaka menjadi sandarannya. Kononnya, Pulau Langkawi berada di bahagian utara Selat Melaka kerana dihanyutkan ke laut akibat terjahan si Pelanduk Putih dan Melaka berada di selatan atau hilirnya..maknanya Pulau Langkawi tu asalnya sebahagian daripada Melakalah katanya,,,boleh tahan juga teori pensejarahan encik Asri kita tuhhhh...
0 comments:
Post a Comment