Batu Kurau, bumi bertuah.....
>> Sunday, April 25, 2010
Sengaja saya menulis tentang mukim daerah kelahiran saya 47 tahun yang lalu. Batu Kurau; begitu nama yang diberikan oleh orang tua-tua dahulu kerana terdapatnya batu besar yang menyerupai ikan kurau. Khabarnya, batu berupa ikan kurau tu di temui di sebatang sungai yang kini kami penduduk Batu Kurau menggelarnya sebagai Sungai Kurau.
Sungai Kurau inilah yang merentasi kampung-kampung yang terdapat dalam mukim Batu Kurau. Bermula dengan cabang sungai-sungai kecil di bahagian hulunya. Antaranya Sungai Bubu, Sg Sempeneh, Sg Relau Berdiri, dan sebagainya. Akhirnya, sungai yang membawa nadi kehidupan kami bercantum dan berkuala di Kuala Kurau, Bagan Serai. Jadi yang di hulu sungai tersebut menjadikan pertanian sebagai nadi utama kehidupan dan orang di kuala pula menjadikan perikanan dan nelayan sebagai sumber kehidupan.
Batu Kurau memang terkenal dengan buah durian yang ummphh!!! Kebun durian yang terletak di lereng Banjaran Bintang adalah antara yang terbaik di negeri Perak. Walaupun buahnya tidak bersaiz besar tapi sekali pekena durian kampung Mukim Batu Kurau, pasti tidur tak pakai baju waktu malam...arwah ayah saya selalu sebut, durian kita ni kuat gasnya!!! Kalu tak minum air dalam kelopak buah durian(pangsa), pasti kejap lagi semua orang bersendawa duriannnnn!!!!
Cuma hingga kini, saya masih belum boleh makan durian dengan pulut dan santan. Tak suka dan lebih suka makan durian yang mentah, buka dan makan. Agaknya, kerana saya dilahirkan dalam kebun durian, setiap kali berjalan atau makan angin, saya akan berhenti membeli dan merasa durian tempat orang...memang benarlah,,,durian Batu Kurau memang tiada tandingannya!!!!
Bagi mereka yang berminat, mengkaji sosio linguistik, mukim Batu Kurau menyediakan landskap yang menarik untuk mengkaji pengaruh dialek Pattani dalam kehidupan kami.. Datanglah ke Batu Kurau yang terletak kira-kira 20 km dari bandar Taiping. Kampung saya pula terletak di kaki Bukit Larut (Bukit Maxwell)..
0 comments:
Post a Comment