Jejak waris 2 : Chennak
>> Wednesday, March 4, 2015
Tarikh 19 Febuari 2015, perjalanan kami ke Chennak bermula dari Arau, Perlis. Kedatangan kami sekeluarga ke Perlis adalah pada hari Rabu dan menginap di homestay terlebih dahulu. Selain menginap di Arau terlebih dahulu, sempat juga kami bertemu rakan semaktab dahulu, Sdra Saad Darus yang menetap di Kuala Perlis. Dialah akan menjadi rakan pemanduan kami ke Chennak kerana dia dah biasa dengan kawasan Selatan Thai dan jjuga boleh speaking Siam...he he he
Kami memilih pintu masuk ke Thai melalui Imegresen Padang Besar @ Sadoa. Uhhhh...ramainya orang nak ke sseberang wehhh...beratur panjang dan bersesak-sesak di kaunter imegresen Siam. Walaupun ramai, dengan cuaca yang redup, berangin dan di bawah bumbung yang besar dan lapang, tidaklah terasa sangat kepenatannya. Diam tak diam, dua jam juga kami berurusan di pintu imegresen.
Perut dah mula lapar bila urusan di pintu sempadan selesai. Saya mengajak Saad agar memandu sambil mencari kedai makan kerana anak-anak pun dah mula menyebut mee celup dan sebagainya. Jujurnya, kami sekeluarga memang menggemari masakan ala Siam atau Selatan Thai. Akhirnya, kami singgah menjamu selera di sebuah gerai di tepi jalan. Apa lagi, semua sibuk memesan makanan mengikut selera masing-masing. Meleleh hingus cair bila terasa kepedasan dalam menikmati sup sekitar jam 2 petang. Yang lucunya, bila nak bayar, tokey kedai tak mahu terrima duit Malaysia!!!!
Terpaksalah Saad speaking Siam, buat kira darab bahagi untuk jelaskan kadar tukaran wang Malaysia dengan Thai Bath. Akhirnya, selepas krung krang krung krang, RM50.00 dihulurkan...diterimalah juga wang kita. Memang dari awal pun tak berniat nak tukar wang sewaktu masuk tadi sebab Saad kata tak payah. Lagipun bukan nak pergi ke Hatyai atau Songkla pun . Sekadar Chennak jer!!!! Lain kali, sikit banyak kena tukar juga, maklumlah...masuk negara orang.
Sebelum tiba di Chennak, kami singgah di sebuah pekan kecil; Klonggei. Persinggahan kami di situ kerana mengunjungi rumah Qadafi; anak kepada Hj Mohd Noor. Dia seorang peniaga pakaian dan berniaga di pekan atau "nat". Dia menjual pakaian, perhiasan dan barang permainan. Dialah yang akan mengiringi kami ke Kg Tok Perak;kampung di mana ayahnya Hj Mohd Noor tinggal.
Jam 4 petang, sampailah kami ke Kg Tok Perak. Suasana kampung yang tenang dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hj Mohd Noor@ Pak Ngah tersenyum riang menyambut kehadiran kami sambil berpeluk-pelukan. Rupanya, dia peniaga kedai kopi di kampung ini. Kedudukan kedainya di tepi laluan utama kampung berdekatan pula dengan jambatan dan masjid menjadikannya kedainya pusat perkumpulan orang-orang kampung bersantai beramai-ramai. Gerainya sangat simpel dan dia memanggilnya bangsal jer. Air panas dimasak dengan dapur kayu dan minuman dijual dengan harga 80 sen secawan tapi boleh tambah air panas!!!! Sempat juga saya bersalam-salaman dengan mereka dan bertanya kabar dalam lenggok loghat Pattani!!!!
Walaupun singkat, sempat juga saya mengenali Pekan Chennak sepintas lalu. Namun butirannya, saya tidak dapat kabarkan lagi kerana perlu lebih menerokanya lagi pada masa depan.
0 comments:
Post a Comment