Kembara Kemboja 2012
>> Thursday, June 21, 2012
Pertama kali, saya mendengar perkataan Kemboja ni kira 40 tahun yang lalu bila ada seorang pelarian Kemboja berniaga kain pelikat dan duduk di surau kampung kami selama hampir seminggu. Di surau itulah dia makan minum sambil menunggu penduduk kampung datang membeli barang jualannnya. Akhirnya, saya mendapat tahu bahawa kain-kain dan barangan yang lain itu dibawa dari Kelantan.
Sewaktu belajar Geografi, makin banyak maklumat berkenaan Kemboja diperolehi. Bentuk muka bumi, cuaca dan perekonomian dipelajari secara "atas kertas sahaja. Tentunya Sungai Mekong menjadi tumpuan sebagai nadi ekonimi pertaniannya.
Sewaktu bertugas di Terengganu pada awal tahun 199900an dulu, masyarakat Kemboja yang menjadi pelarian suatu ketika dahulu adalah antara penggerak ekonomi yang sangat aktif. Para peniaga pasar minggu dan pasar malam banyak kedapatan para peniaga daripada masyarakat Kemboja. Berbagai barang keperluan dijual termasuklah kain baju, perkakas dapur, peralatan sekolah dan segala macam yang diperlukan.
Melalui subjek Sejarah pula, kita didedahkan tentang kerajaan Sriwijaya, Angkor, Jayavarman dan sebagainya. Lebih perit lagi, Kemboja sewaktu di zaman Pol Pot. Begitu juga kisah-kisah Perang Saudara di Indo China yang akan lebih memudahkan kita menelusuri Kerajaan Kemboja hari ini. Itulah antara gambaran awal yang tertanam di benak fikiran saya hampir 49 tahun yang lalu.
Bagi menyahut cabaran untuk meninjau sendiri jurnal kehidupan rakyat Kemboja, pada 7 hingga 13 Jun yang lalu , saya menyertai rombongan IPG Tuanku Bainun seramai 38 orang berkunjung ke negara tersebut. Syukur pada Ilahi yang memberikan kesihatan yang baik untuk saya mengikuti program ini dengan penuh keterujaan.
0 comments:
Post a Comment