Batu Kurau, bumi bertuah.....

>> Sunday, April 25, 2010

Sengaja saya menulis tentang mukim daerah kelahiran saya 47 tahun yang lalu. Batu Kurau; begitu nama yang diberikan oleh orang tua-tua dahulu kerana terdapatnya batu besar yang menyerupai ikan kurau. Khabarnya, batu berupa ikan kurau tu di temui di sebatang sungai yang kini kami penduduk Batu Kurau menggelarnya sebagai Sungai Kurau.

Sungai Kurau inilah yang merentasi kampung-kampung yang terdapat dalam mukim Batu Kurau. Bermula dengan cabang sungai-sungai kecil di bahagian hulunya. Antaranya Sungai Bubu, Sg Sempeneh, Sg Relau Berdiri, dan sebagainya. Akhirnya, sungai yang membawa nadi kehidupan kami bercantum dan berkuala di Kuala Kurau, Bagan Serai. Jadi yang di hulu sungai tersebut menjadikan pertanian sebagai nadi utama kehidupan dan orang di kuala pula menjadikan perikanan dan nelayan sebagai sumber kehidupan.

Batu Kurau memang terkenal dengan buah durian yang ummphh!!! Kebun durian yang terletak di lereng Banjaran Bintang adalah antara yang terbaik di negeri Perak. Walaupun buahnya tidak bersaiz besar tapi sekali pekena durian kampung Mukim Batu Kurau, pasti tidur tak pakai baju waktu malam...arwah ayah saya selalu sebut, durian kita ni kuat gasnya!!! Kalu tak minum air dalam kelopak buah durian(pangsa), pasti kejap lagi semua orang bersendawa duriannnnn!!!!

Cuma hingga kini, saya masih belum boleh makan durian dengan pulut dan santan. Tak suka dan lebih suka makan durian yang mentah, buka dan makan. Agaknya, kerana saya dilahirkan dalam kebun durian, setiap kali berjalan atau makan angin, saya akan berhenti membeli dan merasa durian tempat orang...memang benarlah,,,durian Batu Kurau memang tiada tandingannya!!!!

Bagi mereka yang berminat, mengkaji sosio linguistik, mukim Batu Kurau menyediakan landskap yang menarik untuk mengkaji pengaruh dialek Pattani dalam kehidupan kami.. Datanglah ke Batu Kurau yang terletak kira-kira 20 km dari bandar Taiping. Kampung saya pula terletak di kaki Bukit Larut (Bukit Maxwell)..

Read more...

SPRM......Test the water jer....

>> Thursday, April 22, 2010

Dewan Darul Makmur sedikit panas dan riuh dengan tepukan waktu sesi soaljawab dengan pegawai SPRM yang datang ke kampus tempohari..Teringat saya peristiwa '"ahit-pahit manis" di majlis SPRM bersama pelanggan dan warga IPGKTAA. Kelakar pun ada bila pegawai SPRM tu kata...." jangan perangi SPRM tapi perangilah rasuah."

Geli hati saya mendengar luahan begitu..Apa taknya, dengan indek rasuah negara terus meningkat dari tahun ke tahun, minda pegawai SPRM masih macam cerita lagu "Bangau Oh Bangau"
Katanya..."Anggota kami 6 orang, nak jaga empat daerah yang besar di Pahang Barat!!!. Kami buka fail kes siasatan, bawa kes ke AG (Attorney General/Peguam Negara) tapi hakim mahkamah bebaskan tertuduh!!!! Sedih dan lukanya hati saya bila dengar seorang pegawai dari sebuah agensi penguakuasa bercakap begitu. Begitu ke wajah SPRM yang kini berada kuasa YDP Agong?

Saya teringat kepada sebuah tulisan oleh tokoh peguam yang kini menjadi pensyarah undang-undang di sebuah universiti tempatan. Katanya, kebanyakan kekalahan kes yang di bawa oleh pihak kerajaan (agensi-agensi penguatkuasa) di mahkamah kerana kertas siasatan tidak mempunyai fakta kes yang tidak cukup lengkap dan gagal melawan hujah peguambela tertuduh.

Maka di sinilah terletaknya kelemahan agensi-agensi tersebut. Pegawai pendakwa yang tidak membuat siasatan dan menyediakan bukti-bukti yang kukuh sebelum menjejak kaki di dewan mahkamah. Itulah puncanya. Bukan hakim yang patut disalahkan. Sebab itu saya rasa sedih kerana tabiat menunding jari ke pihak lain masih wujud walaupun sudah berstatus suruhanjaya.

Justeru, saya bangun untuk mengajak pihak SPRM, baikilah imej dan minda serta gaya bekerja. Bukan niat saya nak memerangi SPRM!!!!. Sekiranya indek rasuah dan cara menangani rasuah yang lemah masih tidak menunjukkan tanda positif, SPRM perlu membuat refleksi diri. Jangan dok salahkan pihak lain. Tanya dulu, adakah kita bertindak secara sewajarnya. Persoalannya, adakah kita nak berubah atau nak berebah???

Fikr-fikirkanlah.....

Psssssttttt....Sidang dewan pun gempar juga bila dengar O.K.U ni yang lama tak bersuara!!!!

Read more...

Biar jadi teladan...

>> Sunday, April 11, 2010

Entri ni saya rakamkan untuk menceritakan detik-detik cemerlang anak sulung kami yang kini sedang menunggu panggilan untuk menyambung pengajiannya. Sabtu, 10 April, pihak SEMSAS telah menjemput semua ibubapa termasuk saya sekeluarga untuk menghadiri majlis anugerah gemilang SEMSAS kali ke 34. Jemputan disampaikan melalui panggilan telefon dan disusuli dengan surat rasmi.

Alhamdulillah, kami enam beranak bertolak ke Kuantan dengan Kenari WLW 9681. Berbekalkan nasi lemak daun pisang dan air mineral, perjalanan mengambil masa hampir tiga jam. Majlis baru bermula waktu saya berjalan masuk ke dewan.

Selepas ucapan Pengetua, ada sedikit persembahan pelajar. Okey juga, hilang sikit rasa penat sebab jalan bertongkat ni.. pasukan assamble muzik gitu. main lagu pukul 3 pagi ciptaan P. Ramlee.

Sampai acara penyampaian hadiah, pelajar-pelajar cemerlang dipanggil. Bermula dengan pelajar Tingkatan 1.2,3 dan 4..Akhirnya tiba giliran anak kami bersama rakan-rakannya yang turut cemerlang dalam SPM 2009 yang lalu. Dengan rasa bangga, saya bertepuk tangan sewaktu anak sulung kami dipanggil untuk menerima anugerah..Alhamdulillah....semoga dia menjadi contoh kepada adik-adiknya yang memandang dari bawah pentas...

Kini,dia sedang menunggu penempatan setelah menghadiri temuduga dengan pihak JPA dan akan menghadiri educamp anjuran Universiti Teknologi Petronas pulak...

Terima kasih Pengetua dan seluruh guru-guru SEMSAS dan para warganya...
Alhamdulillah.......

Read more...
Blog Widget by LinkWithin