Selera ikan bakar...

>> Wednesday, March 31, 2010

Bang, jadi tak ikut kawas?
Agak2 balik kul brape?
Nape pulak?
Perut tak berapa ok..
macam nak....

Gitulah borak saya dengan Faizal , tokey praktikum pagi kelmarin. Janji awal nak ikut dia pergi meninjau praktikum, tapi entah apa sebab pagi tu perut rasa semacam jer. Risau juga , kalau dia buat hal kat jalan, haru saya...bukan senang nak cari tandas duduk... tapi kalu dah janji tu, kita adjustlah jugak.. masalah setel selepas jam 9.00 pagi. So apa lagi, tertunailah hajat nak gi meninjau tu. Meninjau jer bukan memantau...

Yang bestnya bila lepas praktikum tu, time mencari tempat mengudap yang paling mustahak. Dok dengar lama dah pasal ikan bakar di Kg Melaka kat Kechau tu..apalagi,jam 12.00 kami pun merayap mencari "pot" yang dimaksudkan. Orang kata kalau lewat, melepaslah..pergggh..dari jauh dah nampak bilangan kereta yang banyak parking kat kedai yang dimaksudkan. Alhamdulillah, ada ruang untuk kami bertiga.. apalagi, merasalah kita dengan kesedapan ikan bakar, daging bakar, gulai lemak telur itik, budu, air asam dan.......sedapnya hingga menjilat jari. Betullah seperti yang dikatakan orang...memang sedap, harga bolehlah, janji berbaloi.... rasanya boleh diulangi pada lain kali....

Read more...

Praktikum PISMP Sem 5...

Sejak dua minggu yang lalu,pelatih IPG PISMP Sem 5 seluruh negara memulakan sesi praktikum siri 1. Ia mengambil masa selama 4 minggu atau sepurnama gitu. Mereka akan mengajar mengikut bidang major masing-masing. Sebahagian besar pelatih IPG Afzan hanya ditempatkan sekitar/ daerah Lipis sahaja. Faktor kegawatan ekonomilah katakan.

Alhamdulillah, dalam tempoh itu, beberapa feedback yang boleh dijadikan pedoman kepada kita semua. Saya sebutkan beberapa perkara untuk jadi renungan kita bersama. Ada maklumat yang saya terima mengenai komen seorang guru sebuah sekolah yang merasa tidak puas hati dengan penampilan guru pelatih. Menurut sumber tersebut, pelatih tersebut tidak menunjukkan personaliti yang sepadan dengan bidang major yang diajarnya. Ini termasuklah soal perwatakan, cara perbualan, berpakaian dan berkomunikasi dengan pihak lain. Dalam kuliah saya yang lepas-lepas, perkara ini sering ditekankan. Betapa pentingnya persepsi orang lain terhadap kita sewaktu menjalankan tugas. Nampaknya perkara begini perlu di beri perhatian serius oleh kita semua. Ia boleh menjejaskan maruah IPG kita dan warga Afzan secara amnya.

Saya juga dimaklumkan tentang prestasi yang kurang memberangsangkan daripada rakan-rakan yang terlibat dengan praktikum. Ada pelatih terlalu cepat hilang sabar sewaktu berdepan dengan situasi p&p. Mereka meninggikan suara dan tangan mula nak ............ Ini yang saya cukup hangin!!!. Kalu prestasi kurang baik tu mungkin boleh diterima keran ini kali pertama mereka mengajar tetapi kalu dah mula naik tangan tu, tak eloklah...mana perginya kemahiran pedagogi yang kita belajar dulu.. dah buatkah langkah-langkah p&p..,aktiviti p&p cam na?, permaianan dalam P&P cam na?

Tak kurang juga yang dok kata berdebar-debar nak mula p&p..., itu biasalah, debaran tu hanya sekejap jer..apabila kita dah boleh "membaca" anak-anak murid kita, debaran takut tu akan hilang dan muncul keghairahan untuk terus buat yang terbaik...

Harapnya, tempoh baki minggu praktikum yang tinggal tu, marilah kita perbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Fikir-fikirkanlah

Read more...

Dah 47 tahun umurku

>> Wednesday, March 24, 2010

Sambutan ulangtahun kali ni memang menyeronokkan. Ada beberapa perkara kenapa ianya menyeronokkan. Aura sambutan ulangtahun bagi tahun ini bermula dengan majlis perhimpunan semula (Reunion) IBKL 87/89. Alhamdulillah, program yang saya rancang bersama rakan-rakan telah berjaya kami laksanakan pada 13 Mac 2010 yang lalu. Ini merupakan hadiah utama buat diri ini kerana cetusan idea reunion ini telah mendapat sambutan dan feedback yang sangat memberangsangkan daripada kawan-kawan. Masih ramai kawan-kawan dok ucap terima kasih kerana menganjurkan program tersebut selepas berpisah 20 tahun yang lalu.

Hadiah kedua yang turut mengiringi ulangtahun kali ini adalah kejayaan cemerlang anak sulung kami dalam peperiksaan SPM 2009. Dengan memperolehi 10 A, dia dianggap cemerlang di kalangan para sepupunya. Sebagai tanda kesyukuran sedikit jamuan saya adakan di pejabat..Alhamdulillah...saya selalu ingat pesan bos-bos saya dahulu, jika kita mengajar dengan baik kepada anak orang , InsyaAllah, orang lain pun akan mengajar anak kita dengan baik...

Selebihnya, dengan adanya FB, banyaklah ucapan dan doa yang diterima daripada student dan rakan FB...

Tak lupa, anak-anak turut memberi hadiah......

Akhirnya, tak sabar rasanya nak tunggu durian runtuh......

Read more...

Seronok ke jadi pensyarah...

Soalan ni memang sering dikemukakan kepada saya khasnya oleh rakan-rakan yang pernah belajar bersama-sama semasa di maktab dulu. Soalan ni juga sering ditanya oleh guru-guru yang dah lama berada di sekolah. Terbayang keresahan rakan-rakan dan guru-guru tersebut bila menghadapi karenah suasana persekolahan masa kini. Bagi rakan yang mengajar di sekolah menengah cabarannya makin menggunung.. ada yang kata nama jer guru cemerlang tapi kerja bagai nak terlentang!!!

Ada yang kata peratus sekolah terletak di tangannya kerana dia ngajar subjek utama. Sekiranya subjek tersebut banyak yang gagal, maka peratus sekolah akan merosot. jadi dia kena fikirkan TOV, program utama, program sokongan dan program sampingan..banyak ler lagi nak di buat agar nama sekolah tidak tersenarai dalam sekolah tercorot...kerana itu para guru terpaksalah menyusun program gerak gempur, siang malam , pagi petang, cuti atau tidak, janji peratus naik!!!.

Bagi menjawab persoalan tersebut, saya sering menjawab memang seronok giler bila dah jadi pensyarah. Sebabnya, tak payahlah saya tulis di sini kerana kalau cerita 3 hari 3 malam pun tak habis..Jadi memang seronok....

Jadi kalau rakan-rakan berminat untuk jadi pensyarah IPG, janganlah buang masa, isi borang dan tunggu interview..

Read more...

Cerita sebuah "ReUNION".....

>> Tuesday, March 16, 2010

Jam 11.00 mlm, 12 Mac, sorang kawan hantar sms bagitau kawe dah sampai kuala lumpur.
Jam 12.00 mlm sorang lagi kawan hantar sms bagitau,,tak dapat hadir kerana anak saudara dia kahwin. Sebelah rumah pulak..orang kuat pulak tu... Aduh! nape last minit jadi gini!!

13 Mac, hari yang dijanjikan untuk reunion pun tiba. Rasa risau dan cuak semakin berdebar sejak awal minggu lagi. Jam 8.00 pagi, kami sekeluarga bertolak ke KL dengan Kenari. Anak-anak lelaki tak dapat ikut sebab tak muat kereta..Tiba di pinggir Kl sekitar jam 9.30 pagi, tersalah masuk jalan terus ke jalan Ipoh. Terpaksa ambil jalan jauh untuk ke Bangsar.

Jam 9.45 pagi terima mesej kawan dari Utara, juga tak dapat hadir kerana terpaksa bertugas di Pulau Pangkor. Aduh , sorang lagi orang kuat tak dapat hadir..tambah perit bila terima sms dari sorang lagi kawan yg bunyinya macam ni......sms diterima jam 10.00 pagi melalui Segambut..aduhhh, nape korang buat saya macam ni...

....kawe sebenarnya ada program di............, kawan diamkan aje, harap2 program ini batal atau kwn dpt excuse dan tak nak kwn2 kita hilang semangat nak datang kalau dengar urus setia pun tak dapat datang....sampaikan salam kemaafan kwn pd yg hadir, kalau dapat bincang terus utk pertemuan kita tahun depan....

Tawakkal je lah, berbekalkan niat serta respon yang saya terima melalui facebook dan blog, rasanya masih ramai kawan-kawan lain yang dijangka hadir...

Jam 10.30 pagi, alhamdulillah, dah masuk area kampus IBKL, terkejut tengok keadaan IBKL yg sedang menjalani proses pembangunan semula RMK 9. Dataran IBKL tempat selalu buat perhimpunan pagi habis digali, depan asrama sesak, garaj dah habis diruntuhkan, laluan sempit dan kereta di letak dalam keadaan yang berhimpit-himpit. Saya terus memandu ke belakang Dewan Besar dan menuju ke belakang kantin,. Alhamdulillah, ada ruang untuk Kenari menyelit...

Syukur alhamdulillah, rupanya dah ramai menunggu, siap dengan anak bini sekali. Rupanya Allah swt makbulkan doa kami semua untuk bertemu semula selepas 20 tahun berpisah...banyaklah cerita dan kisah yang dapat dikongsi bersama-sama. Paling menyeronokkan bila semua sangat gembira dengan perhimpunan ini..Macam biasalah, kembang kempislah hidung saya bila orang dok puji usaha murni ni..Alhamdulillah.......

Read more...

I 'm of You, Dato

>> Friday, March 5, 2010

Gitulah antara ayat-ayat power yang saya dengar selepas sesi dailog Dato Pengarah dengan para pelatih awal minggu lalu. Banyak perkara yang diluahkan oleh para pelatih kepada Dato meliputi segala aspek kehidupan mereka. Soal rawatan kesihatan, kebajikan, asrama, keperluan mesin ATM dan banyak lagilah perkara yang dibangkitkan.
Yang lebih parah isu pensyarah yang "tak berapa profesional" pun turut dikhabarkan kepada Dato. Lebih parah juga, pelatih juga mencadangkan agar Jabatan HEP perlu diberi nafas baru..tak macam dulu!!!
Keterbukaan Dato sewaktu mengulas luahan rasa pelatih sangat mengujakan. Dengan meletakkan faktor kejelasan sebagai hujah utama, beliau menjelaskan bahawa situasi yang berlaku adalah terjadi kerana maklumat yang disampaikan kepada para pelatih tidak diambil dari sumber yang tepat.
Pelatih diterangkan tentang situasi semasa, soal pembangunan yang sedang berlaku, peruntukan dan OS-osnya, dan kemampuan IPG kita untuk mencipta nama sebaris dengan IPG-IPG lain. Sebelum ini, versi yang disampaikan hanya mengundang rasa tidak puas hati dan tidak menepati maksud dailog itu sendiri. Ternyata kini pendekatan Dato turun padang menghasilkan rasa puas hati yang amat sangat di kalangan guru pelatih.
Kabarnya, sewaktu Dato turun dari pentas, terlahirlah ungkapan-ungkapan , I' M PROUD OF YOU, Dato, Terima kasih ayahanda, dan dikhabarkan semua pelatih lelaki berebut untuk bersalam dengan Dato pada malam tu...
Pendek kata, walaupun cuaca kini kering dan panas, namun semua guru pelatih yang pulang ke asrama pada malam tu terasa nyaman dan sejuk segalanya...Syukurlah kata mereka.
Kesediaan Dato menghadapi puluhan soalan para pelatih menunjukkan trend kepimpinan yang senada dengan citra negara masakini. Rakyat diutamakan....gitulah pada pemahaman saya.
Cuma pada saya, kesediaan dan keterbukaan Dato itu mesti dibalas dengan komitmen kita untuk sama-sama menjulang nama IPG TAA disamping misi dan visi selaku pusat kecemerlangan yang tersergam indah di puncak bukit itu.
Fikir-fikirkanlah......
Terima kasih kepada guru pelatih yang bersms pada malam itu....

Read more...
Blog Widget by LinkWithin