Rezeki oh rezeki.....

>> Sunday, November 8, 2009

Tahniah, Tahniah, begitulah ucapan kepada kawan-kawan yang telah menerima surat pemangkuan DG 48 baru-baru ini. Terbayang di kotak pemikiran masing-masing jumlah tunggakan yang akan menjadi milikku sehari dua lagi. Untung-untung sepuluh ribu, entah-entah labih lagi.. bertuah badan. Di hujung keping surat berwarna kuning ala-ala coklat tu, tertulis perkataan 'Tahniah' berdakwat hitam tulisan Dato Pengarah.

Sebenarnya khabar angin 'surat kuning' dah bertiup sepoi-sepoi bahasa pada awal minggu. Sumber-sumber yang layak dipercayai hanya diketahui oleh orang-orang tertentu jer..Cuma yang tak dapat, jangan putus asa, mungkin akan sampai jua tak lama lagi, bak kata arwah Dato Razali Ismail yang sering menyebutkan bahawa kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh.

Biarlah kita berlapang dada. Rezeki ni bukan terletak pada surat kuning DG 48 tu jer. Ramai orang bisa hidup bahagia tanpa DG pun. Tok Empat Kuala Sat pun bukan ada DG, Tok Batin Titom pun bukan ada DG pun, hatta Pok De Kg Lubuk Kulit pun tak ada DG. Jadi, bukan DG jadi ukuran rezeki kita.

Konsep rezeki ni pun janagn hanya dok fikir harta benda, wang ringgit, emas perak, intan berlian sahaja. Tubuh badan yang sihat, mata yang masih boleh melihat, telinga yang masih boleh mendengar juga adalah rezeki dalam hidup kita. Malahan rezeki itu jauh lebih bererti bila nikmat tersebut ditarik balik oleh Allah swt. Maksudnya, bila mata dah rabun, telinga dah kurang mendengar, makan pun banayak yang kena pantang, waktu itu barulah kita terasa hilangnya nikmat rezeki.

Bila menghadapi dugaan-dugan demikian banyakkanlah beristighfar. Buat refleksi diri, di mana kurangnya kita , banyakkan doa dan banyakkan sedekah...

Cuma, bila dah dapat surat kuning tu, rodong-rodong tu jangan buat tak faham pula!! Kalau tak nak gi jauh-jauh, kantin Azmi atau kafe Aida pun kira oklah jugeeee. Kami ni bukan apa, maut jangan di cari, rezeki jangan ditolak bang!!!

Jumpa lagi......

1 comments:

Admin November 20, 2009 at 10:58 PM  

nnt boley bnje kmi mkan nie..
hehe

Blog Widget by LinkWithin