Fikir-fikirkanlah sahabatku...

>> Thursday, September 19, 2013



Salam,,,..saya x mahu jd melayu mudah lupa. Saya msh terasa pedihnya tikaman belkng yg dia buat thdap gerakan islam dan pakatan rakyat tempohari. Kita bpenat lelah gi ke dun santan, nyatakan sokongan ex sofar pd cgu anuar tahir, alih2 mike dok kagum lg dgnnya? Tak rasa sia2 ke baiah kita pd cgu anuar yg mwakili harakah dan pr? Ke mike terpesona dgn pgkt dan gelarannya? sy x boleh tidor dgn post mike kat fb..di mn perginya prinsip berbanding emosi? Cb tanya hati dan fikiran mike... renung dalam2,,mn intan mn kaca...sy mls nak respon psl hal ni kat fb..cb tnya abg @@@ mike, sanggup dia peluk arab dgn org tu?? 

nota: sms tu sy hntar kpdnya sekitar jam 1.30pagi..

Aku belum pernah menulis sms sebegini "keras" melainkan jika sudah terpaksa!!!Saya dah tak dapat bertolak ansur dengan sikap yang tak boleh menilai antara hubbul dunia dgn erti sebuah perjuangan. Saya terpaksa menulis begitu atas rasa kasih sayang seorang sahabat.

Untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari, sms yg sama saya forwordkan kepada Sang Sifuuuu. 

Read more...

Pattani, Aku Datang!! 4

Yala- Pattani

Ahad, pagi. Badan terasa segar selepas mendapat rehat yang cukup malam tadi ditambah hujan lebat yang menjadikan malam lebih dingin. Menyedut udara pagi di perkampungan Kubang Putat, pinggir pekan Yala di awal pagi sangat mengujakan. Bunyi lembu melenguh, kambing mengembek di awal pagi sambil ayam mengais-kais di bawah pohon-pohon getah mengembalikan nostalgia masa kecilku. Oh, begitulah kampungku di Batu Kurau. Lembu kambing dilepas berkeliaran, dan najisnya bertaburan di jalan-jalan.

Sementara kedua-dua anakku masih melayan dingin pagi, aku mengajak Ustaz mengelilingi kampungnya sambil memerhati suasana aktiviti pagi penduduk kampung bergerak ke sana kemari. Memang tanahnya subur, buktinya pkok getah tumbuh dengan subur dan semak-samun juga hijau merimbun. Turut ditunjukki adalah pondok Kubang Putat yang sudah lama kematian tuan gurunya. Kini pondok tersebut hanya dihuni oleh warga tua.

Jam sepuluh pagi, setelah selesai bersarapan pagi dengan pulut kelapa, perjalanan hari ini adalah menuju ke Wilayah Pattani. Jaraknya sekitar 40km dan mungkin mengambil masa satu jam sahaja. Namun cubaan untuk sampai awal tergendala bila tayar kereta terkena paku sewaktu melintasi pos tentera. Hari Ahad pulak. Banyak kedai tutup. Namun begitu, berkat kesabaran, terdapat sebuah kedai bengkel kereta dibuka walaupun hari cuti. Selesai masalah dengan bayaran 50 Bath (RM5).

Masih ada separuh lagi perjalanan ke bandar Pattani bila kami berhenti rehat di Maahad Tahfiz yang baru beroperasi hampir setahun yang lalu. Mudirnya, Ustaz Ahmad adalah bapa mertua kepada Ustaz Zahari. Jemaah surau taman kami pernah mengirimkan sejumlah wang bagi usaha menambah bangunan baru bagi memenuhi pertambahan bilangan pelajar. Lebih mengerunkan, bila ditunjukkan tempat bom meletup pada tiga hari lepas (11/9/2013) yang menyebabkan beberapa kematian di pihak tentera Thailand. Lokasinya pulak hanya sekitar 500 meter dari maahad tersebut..perghhhh!!.. 

Kami meneruskan baki perjalanan ke bandar Pattani sebelum singgah di masjid bersejarah; Masjid Krue Sae atau Krisek. Memang terpegun dan terasa aura kehebatannnya. Struktur binaan masjid  yang ringkas tetapi ternyata kukuh telah memahat sejarah yang mendalam di hati umat Islam di wilayah ini. Banyak nyawa syuhada telah melayang di sini dalam siri perjuangan rakyat Pattani menentang penjajahan pihak Siam. Banyak artikel ditulis mengenai masjid ini. Ia juga menjadi salah satu objek visata jika berkunjung ke wilayah Pattani Darus Salam.

Akhirnya menjelang Zohor (12.15 tghari waktu Thailand) kami pun sampai ke bandar Pattani. Masjid Raya Pattani yang sering ku lihat dalam blog-blog terdahulu menjadi tumpuan utama kami. Lega dapat bersolat dan beriktikaf di masjid yang indah dan bertuah ini. Masjidnya cantik dan berada di tengah-tengah bandaraya Pattani. Warna kuning keemasan dipilis pula dengan warna-warna kehijauan yang menggamit rasa kedamaian.

Wah, kunjungan ke Pattani ni semakin indah bila dijemput ke majlis jamuan kenduri kahwin salah seorang ahli jemaah masjid tersebut. Majlisnya sederhana tetapi layanannya sangat memuaskan. Namun kepenatan menghalang diri untuk makan dengan banyak. Air dan buah rambutan sahaja menjadi tumpuan hidanganku.
Sementara menanti cuaca panas redup, terpaksalah berbaring dulu di Masjid Raya Pattani.

Dalam pada itu, terkenang kematian Imam Yaakub yang juga salah seorang imam Masjid Raya di akhir Ramadan yang lalu. Beliau ditembak "penjahat" sewaktu berbelanja di bandar Pattani. Begitulah, kisah bom, tembak, mati, cedera, siapa tembak adalah perkara biasa di kalangan rakyat Pattani. Namun begitu, ia sikit pun tidak menghalang rutin harian penduduk Pattani meneruskan kehidupan mereka.

Read more...

Pattani, Aku Datang!! 3

Markaz@Masjid Tabligh Yala

Setelah makan,  badan rasa bertenaga cuma mata jer macam nak tutup kejap;tidor laa tu. Tapi ustaz belum solat Zohor. Lokasi pertama selepas makan adalah melawat Masjid@ Markaz Tabligh Yala, yang disebut masjid empat rait ( tiga rait bersamaan satu ekar). Memang besar dan luas tapi belum siap sepenuhnya. Dua tingkat tapi bukan semua berdinding. Open air gitu! Sewaktu kami sampai ke situ, ramai jemaah sedang tidur berbaris-baris selepas makan tengahari sementara menunggu solat Asar. 

Teringat saya, zaman awal remaja tahun 1970an bila sering ikut jemaah tabligh dari masjid ke masjid di Pulau Pinang dulu sambil belajar-belajar dakwah dan hafal doa-doa harian. Bila tengok jemaah tu tidor, rasa nak tumpang sekaki jer, apatah lagi dengan angin menderu-deru bertiup memasuki ruang solat yang tak berdinding. Cuma sempat solat tahayatul masjid jer sebab nak ke tempat lain pulak..

Terdapat juga kompleks sekolah tahfiz tiga tingkat untuk lebih 1000 orang murid, bilik-bilik tetamu luar negara, lapangan@dataran bersimen, dewan makan, bilik mandi serta rumah guru-guru. Ala-ala Seri Petaling gitu....kebersihannya boleh tahan laa, kompleks ni nampak tak berseri kerana tidak siap sepenuhnya lagi dan belum bercat atau dinding belum diplaster lagi, yang penting, dewan  untuk bersolat selesai. Canitk molek belakang kira laa.Dimaklumkan terdapat juga pelajar-pelajar maahad ini datang dari Malaysia.

Difahamkan, jawatankuasa markaz tidak mahu menerima sumbangan kerajaan. Sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada sumbangan individu Muslim seluruh dunia. Alasannya, supaya kompleks markaz ini tidak dikaitkan mana-mana pihak jika timbul kejadian yang tidak diingini. Maklumlah kerajaan pusat di Bangkok sangat sensitif dengan isu-isu Islam.  

Read more...

Pattani, Aku Datang!!! 2

>> Wednesday, September 18, 2013

Hatyai-Yala...

Mengikut plan asal, rakan saya Ustaz Hj Zahari akan menunggu kami di stesen bas Hatyai. Bila telefon, dia minta maaf tak dapat datang jemput dan  minta kami datang ke Yala dengan van. Keretanya uzur. Untung jugak dia bagitahu cara dan tambang van ke Yala . Kosnya 300Bath, untuk perjalanan hampir dua jam ke Yala bagi tiga orang. Van cantik dan agak selesa jugak sebab aircond, cuma tersepit dengan barang-barang yang dikirim oleh para peniaga Hatyai kepada pelanggan di Yala.

Ustaz Zahari ni saya kenal kerana sepanjang Ramadan yang lalu dia menjadi imam teraweh di surau taman kami. Bacaannya syahdu dan sesuai dengan selera penduduk taman ini. Hampir sebulan dia berkampung di taman kami dan saya sering menjadi L.Onya sepanjang dia berada di Ipoh. 

Kira jam 1.30 petang kami sampai ke wilayah Yala dan disebut juga Jala. Destinasi kedua ini merupakan antara bandar-bandar yang agak sempurna walaupun tiada bangunan tinggi-tinggi kecuali kompleks hospital Yala. Selebihnya adalah deretan kedai kayu dan simen satu dua tingkat yang majoritinya adalah milik umat Melayu Islam Yala. Bandarnya besar dan lengkap serta bersih. Hati kecil saya mengaku, walaupun bandarnya sederhana, tetapi pemiliknya adalah saudara seIslam. Apalah ertinya bangunan yang besar dan tinggi jika pemiliknya bukan milik saudara mara kita.

Van menurunkan kami d itempat yang dijanjikan. Sewaktu di Hatyai tadi, saya menyuruh penjual tiket van bercakap melalui telefon dengan Ustaz Zahari. Tak silap tempat tu dikenali sebagai Wakaf Stor . Sekali lagi lega sebab sewaktu melangkah masuk kawasan tersebut, terlihat kelibat Ustaz Zahari. Kami berpelukan setelah berpisah sejak berakhirnya Ramadan yang lalu. 

"Puas kawe tepon demo!dok boleh-boleh, risau jugak!, itu yang beliau ucapkan.Saya pun bagitau, simkad tu tiba-tiba jer tak boleh guna. Demo daftar tak? Nak daftar guano, kecek aye dengan itek...hahahaha. Rupanya simkad yang dibeli di Hatyai tak boleh guna dalam wilayah Yala sebab nombor-nombor telefon mesti daftar sebab orang guna telefon untuk aktifkan bom!!

Tetiba jer perut terasa lapar weh...apa lagi cari restoran laa....untuk hari pertama ni, kami pekena nasi Bukhari dan Beriani Kambing campur sup kambing dulu serta jus limau....perghhh...berbaloi-baloi, sedap dan tak mahal sangat...600Bath...cer tengok gambar weh...

Read more...

Pattani, Aku Datang!!! 1

Syukur Alhamdulillah....

Akhirnya niat yang ku simpan sekian lama tercapai jua. Negeri@Wilayah Pattani Darus Salam yang dulunya menjadi tempat leluhurku telah dapat kujejaki. Sudah lama niat ini terpendam apatah lagi berita-berita sedih sering disiarkan di media massa. Bom sana sini, mati sana sini, Bom dan kematian terus menjadi misteri siapakah pelakunya.

Tarikh 14 September 2013, kami tiga beranak memulakan perjalan dengan bas Ekpress Kesatuan yg bertolak dari Ipoh sekitar jam 2.30 pagi. Bas dipandu laju kerana sudah terlewat hampir tiga jam kerana laluan sibuk sempena cuti Hari Malaysia.

Jam 6.00 pagi kami tiba di CTC..Changloon Transit Center, solat subuh dan sarapan nasi lemak. Orang terlalu ramai. Bas ekspress dan persiaran pun banyak. Semua bangsa ada. Melayu, Cina, India, Omputih, dan warga Siam yang nak balik negeri. Harga makanan pun boleh tahan jugak.

Bas bergerak meninggalkan CTC menuju ke sempadan. Pos Immigresen Bukit Kayu Hitam. Jarak sekitar 10 minit dari CTC. Pergerakan bas terlalu perlahan dan tersekat-sekat kerana bilangan kenderaan yang banyak. Gelisah juga dibuatnya.

Selesai urusan di Immigresen Bukit Kayu Hitam, kena cop paspot di Immigresen Siam di pekan Danok pulak. Kat sini tak ambil masa lama sebab banyak chekpoint dibuka. Lega. Naik bas semula, dan terus ke Hatyai. Bas dipandu laju sebab jalan yang lurus dan kenderaan pun tak banyak. Alhamdulillah, kira-kira jam 10.00 pagi, sampailah destinasi yang ditujui; Hatyai.  Sepanjang jalan, terbentang kebun dan ladang getah yang luas dan menghijau.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membeli simkad Thailand sebab kami tak buat IDD. Mulalah guna duit bath Siam, Waktu ni kadar tukaran RM100 dapatlah 950Bath Siam. Duit kita dah lemah weh. Dulu-dulu Rm100, dapat 1000Bath...dah kurang 50 sen weh.

Situasi cakap ayam dan itik pun bermula kat sini sebab rakyat Siam tak ramai yang boleh cakap English atau B. Melayu. Kita pulak tak boleh cakap Siam. Akhirnya main tunjuk-tunjuk laah jawabnya. Kebetulan ada gadis Melayu Islam tolong bantu. Simkad 50 Bath dan top up 200 bath!! Selesai masalah pertama dan utama.....  

Read more...

English itu mudah!!!!!

>> Friday, March 22, 2013

Begitulah nama judul buku yang sedang hangat di pasaran. Ditulis oleh seorang penulis muda yang sangat berbakat, Sdra Mohd Fadhil adalah mahasiswa PhD di Universiti Teknologi Pertronas. Dengan harga yang cukup kompetatif, buku ini menjelaskan aspek-aspek nahu (grammar) bahasa Inggeris tetapi diterangkan dalam Bahasa Melayu.

Tentunya kaedah ini mengundang polimik jua...terdengar ada orang menyatakan ""you must learn English by English!!!!. Itulah adalah aliran pemikiran dan teori pembelajaran yang sudah kuno dan klasik. Rakan-rakan yang kononnnya bertugas di Unit Bahasa Inggeris merasa keegoan mereka tercabar kerana inovasi baru ini mencabar pegangan mereka selama ini. Soal enviroment lah, peer group lah dan jati diri bahasalah selalu dijadikan modal untuk "mencabar" kejayaan buku ini yang sangat laris di pasaran.

Hairan bin pelik, adakah mereka tidak merasa kasihan kepada anak-anak bangsa Melayu yang bertahun-tahun belajar bahasa omputih tapi masih gagal berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Seringkali terdengar ungkapan, "saya faham dia cakap, tapi tak reti nak balas!!!!!" Bila ada agensi perlukan pekerja yang boleh berkominikasi dalam bahasa omputih, anak bangsa kita sering tercicir. Kaum lain juga yang terpilih. Kenapa jadi begitu hah???

Bagi mereka yang sangat ego dengan idea keInggerisannya, eloklah ubah pendirian tu. Teori Multiple Inteligent harus digunapakai dalam pelbagai aspek pendidikan. Bukan semua murid atau pelajar terdiri daripada golongan genius dan cerdik, ada yang perlu mengambil masa untuk memahami sesuatu isi mata pelajaran. Ada yang lebih senang mempelajari sesuatu perkara dengan bahasa ibunda. ada kalangan pelajar yang terpaksa mengaku faham semata-mata malu atau segan dengan rakan-rakan yang pandai , padahal, sepatah haram pun tak tahu, wal hasil bila exam...faham-faham sahajalah.

Buku  itu kini bukan sahaja menjana pendapatan sampingan malah menganyam pahala berganda dan amal jariah kerana termasuk dalam kontek budaya ilmu.

Read more...

menginjak usia menginjak kematangan!!!!!

>> Thursday, March 21, 2013

Tarikh 15 Mac tahun ini membawa pelbagai pengertian dan permulaan. Yah!!!! Umurku meningkat dewasa dengan bermulanya angka 5 di hadapan. Adakah ia sekadar angka atau nombor buat membilang bilangan tertentu atau memberi peringatan bahawa perjalanan hidup ini makin singkat atau apa lagi kemungkinan-kemungkinann yang lain.

Baik ianya sebagai alat membilang atau sebagai peringatan, nampaknya siri nombor ini menjadi penguat semangat untuk aku terus berjuang dengan berbagai dugaan dan dan cabaran. Kerjaya yang sedia dipikul mengkehendaki aku membuat paradigma yang lebih meyakinkan. Para guru pelatih yang menjadi kumpulan sasaran perlu dijelaskan akan maksud dan tujuan bergelar murabbi bukan sekadar makan gaji. Kalian punya tanggungjawab kemanusiaan dan kerohanian dan bukan membilang hari-hari gaji walau di mana pun bertugas nanti.

Politiking gred DG semakin memualkan. Namun rezeki Allah swt tidak hanya di situ. Tanggungjawab yang diberikan akan tetap dilaksanakan walaupun polimik gaji sering menjadi isu dan kemarahan rakan-rakan yang merasa tertinggal atau terpinggir. Biarlah hal tersebut menjadi isu pemanas di laman-laman sosial dan "sesi akademik " berbagai pihak sebaliknya pintu rezeki Allah swt sangat luas.

Alhamdulillah, kebun dan kawasan pajakan makin bertambah. Sesuatu perlu dilakukan bagi menghadapi suasana harga sawit yang "kurang memuaskan". Walaupun masih mampu membayar pajakan dan sebagainya, tindakan turun padang perlu dilakukan. Lantas pelaburan baru dan langkah membeli peralatan meracun dan membaja perlu dilakukan. InsyaAllah, mulai cuti semester tahun ini, aku sekeluarga akan bermesra semula dengan semua kebun disamping menanam sikap suka berbudi pada tanah.

Tentunya selain hadiah-hadiah daripada insan-insan tersayang, isteriku Hasnora dan semua anak, Toyota Hilux 2.5 4WD dengan plat WYC 8428 adalah hadiah terhebat buat diriku. Jentera baru ini adalah hadiah harijadiku sebagai "reward yourself" akan menjadi pembakar semangatku dalam mengejar impian dan membina harapan di masa hadapan. Semoga Allah swt mengabulkannnya. Amiiin...   

Read more...
Blog Widget by LinkWithin