KDC datang lagi, mungkin.....
>> Monday, November 23, 2009
November 2009, Kursus Dalam Cuti buat guru-guru Kemas (Pemaju Masyarakat) seluruh bumi Mat Kilau ni berkampung lagi di Hulu Pahang, di IPGM KTAA lah tu. Bagi kohort Mei 2006, ini kunjungan mereka yang terakhir mungkin. Maklumlah, mereka yang seramai 76 orang ni, dah muak naik turun bangunan asrama pagi petang, siang malam kot..
Sebagai kohort pertama memecah tradisi guru-guru Kemas yang bakal bergelar pemegang Diploma Perguruan Malaysia harus berbangga kerana dalam usia sedewasa itu mereka sanggup melalui berbagai dugaan untuk bergelar guru yang berketrampilan. Ada di kalangan mereka dah berbelas tahun bergelar guru tetapi sekadar memiliki Sijil Awal Kanak-kanak. Setiap kali cuti, terpaksa berpisah dengan suami dan anak-anak. Anak-anak tidur dengan bertemankan bapa selama berminggu-minggu. Makan minum anak-anak dengan ayah 'mithali' tu entahlah. Hari-hari telur goreng, telur mata kubau, telur dadar dan entah apa-apa telur lagilah. Asalkan jangan miss sorruu dah ler.
Tu belum kira debaran waktu menghadapi musim-musim praktikum. Serba tak kena dibuatnya. Pensyarah tu suruh begini, pensyarah ni suruh buat begitu pulak. Poning den!! Belum kira nak buat aktiviti apa lagi, buat BBM lagi, buat lembaran kerja lagi. Ingat dah habis ngajor boleh relak sikit, perrgghh,,, kena buat refleksi pulak!!!!
Ada juga pensyarah cabar untuk dicalonkan jadi pelatih cemerlang. Simpang malaikat 44 pulak katanya!!!!. Dok le kawan weh!!!, bior ler orang lain. Kawan dapat lulus dah lerr....selamat, tak payah tension nak buat RPH lagi. Tak dayo den!!!
Tapi, diam tak diam, musim-musim tu dah berlalu. Musim naik tangga turun tangga bakal berlalu tak lama lagi, musim dok congok dengar kuliah dah nak berakhir, musim buat assingment sampai dok menonggeng dah nak berlalu. Praktikum dah lama berlalu, hilang segala debaran dan kerisauan. Tak de risau-risau lagi dah weh. Kas nak enjoy je datang kali ni. Exam bulan Disember tu lambat lagi. Lagi pun soalan dah bocor dan tumpah ruah di merata tempat. Just calling2 jer kat member2 di IPGM lain kan-kan...soalan dengan skima sekali line clear!!he he he
Bila ingat semua tu, terasa indahnya masa-masa yang berlalu, sekurang-kurangnya ada juga insan yang boleh ambo bersilaturahim, maklumlah, ambo ni dagang perantau......
Bila dah berkonvo nanti,...............
3 comments:
Terimakasih mencatatkan kenangan indah bersama KEMAS kohok pertama. Memang banyak kenangan manis pahit yang kami tempuhi. Apa yang paling tidak disangkakan, seusia begini baru nak masuk IPGM. Xgitule kalau dah rezeki tak kemana..... Yer kan

Post a Comment