menginjak usia menginjak kematangan!!!!!
>> Thursday, March 21, 2013
Tarikh 15 Mac tahun ini membawa pelbagai pengertian dan permulaan. Yah!!!! Umurku meningkat dewasa dengan bermulanya angka 5 di hadapan. Adakah ia sekadar angka atau nombor buat membilang bilangan tertentu atau memberi peringatan bahawa perjalanan hidup ini makin singkat atau apa lagi kemungkinan-kemungkinann yang lain.
Baik ianya sebagai alat membilang atau sebagai peringatan, nampaknya siri nombor ini menjadi penguat semangat untuk aku terus berjuang dengan berbagai dugaan dan dan cabaran. Kerjaya yang sedia dipikul mengkehendaki aku membuat paradigma yang lebih meyakinkan. Para guru pelatih yang menjadi kumpulan sasaran perlu dijelaskan akan maksud dan tujuan bergelar murabbi bukan sekadar makan gaji. Kalian punya tanggungjawab kemanusiaan dan kerohanian dan bukan membilang hari-hari gaji walau di mana pun bertugas nanti.
Politiking gred DG semakin memualkan. Namun rezeki Allah swt tidak hanya di situ. Tanggungjawab yang diberikan akan tetap dilaksanakan walaupun polimik gaji sering menjadi isu dan kemarahan rakan-rakan yang merasa tertinggal atau terpinggir. Biarlah hal tersebut menjadi isu pemanas di laman-laman sosial dan "sesi akademik " berbagai pihak sebaliknya pintu rezeki Allah swt sangat luas.
Alhamdulillah, kebun dan kawasan pajakan makin bertambah. Sesuatu perlu dilakukan bagi menghadapi suasana harga sawit yang "kurang memuaskan". Walaupun masih mampu membayar pajakan dan sebagainya, tindakan turun padang perlu dilakukan. Lantas pelaburan baru dan langkah membeli peralatan meracun dan membaja perlu dilakukan. InsyaAllah, mulai cuti semester tahun ini, aku sekeluarga akan bermesra semula dengan semua kebun disamping menanam sikap suka berbudi pada tanah.
Tentunya selain hadiah-hadiah daripada insan-insan tersayang, isteriku Hasnora dan semua anak, Toyota Hilux 2.5 4WD dengan plat WYC 8428 adalah hadiah terhebat buat diriku. Jentera baru ini adalah hadiah harijadiku sebagai "reward yourself" akan menjadi pembakar semangatku dalam mengejar impian dan membina harapan di masa hadapan. Semoga Allah swt mengabulkannnya. Amiiin...
0 comments:
Post a Comment