Jejak waris 2 : Chennak

>> Wednesday, March 4, 2015

Tarikh 19 Febuari 2015, perjalanan kami ke Chennak bermula dari Arau, Perlis. Kedatangan kami sekeluarga ke Perlis adalah pada hari Rabu dan menginap di homestay terlebih dahulu. Selain menginap di Arau terlebih dahulu, sempat juga kami bertemu rakan semaktab dahulu, Sdra Saad Darus yang menetap di Kuala Perlis. Dialah akan menjadi rakan pemanduan kami ke Chennak kerana dia dah biasa dengan kawasan Selatan Thai dan jjuga boleh speaking Siam...he he he

Kami memilih pintu masuk ke Thai melalui Imegresen Padang Besar @ Sadoa. Uhhhh...ramainya orang nak ke sseberang wehhh...beratur panjang dan bersesak-sesak di kaunter imegresen Siam. Walaupun ramai, dengan cuaca yang redup, berangin dan di bawah bumbung yang besar dan lapang, tidaklah terasa sangat kepenatannya. Diam tak diam, dua jam juga kami berurusan di pintu imegresen.

Perut dah mula lapar bila urusan di pintu sempadan selesai. Saya mengajak Saad agar memandu sambil mencari kedai makan kerana anak-anak pun dah mula menyebut mee celup dan sebagainya. Jujurnya, kami sekeluarga memang menggemari masakan ala Siam atau Selatan Thai. Akhirnya, kami singgah menjamu selera di sebuah gerai di tepi jalan. Apa lagi, semua sibuk memesan makanan mengikut selera masing-masing.  Meleleh hingus cair bila terasa kepedasan dalam menikmati sup sekitar jam 2 petang. Yang lucunya, bila nak bayar, tokey kedai tak mahu terrima duit Malaysia!!!!
Terpaksalah Saad speaking Siam, buat kira darab bahagi untuk jelaskan kadar tukaran wang Malaysia dengan Thai Bath. Akhirnya, selepas krung krang krung krang, RM50.00 dihulurkan...diterimalah juga wang kita. Memang dari awal pun tak berniat nak tukar wang sewaktu masuk tadi sebab Saad kata tak payah. Lagipun bukan nak pergi ke Hatyai atau Songkla pun . Sekadar Chennak jer!!!! Lain kali, sikit banyak kena tukar juga, maklumlah...masuk negara orang.

Sebelum tiba di Chennak, kami singgah di sebuah pekan kecil; Klonggei. Persinggahan kami di situ kerana mengunjungi rumah Qadafi; anak kepada Hj Mohd Noor. Dia seorang peniaga pakaian dan berniaga di pekan atau "nat". Dia menjual pakaian, perhiasan dan barang permainan. Dialah yang akan mengiringi kami ke Kg Tok Perak;kampung di mana ayahnya Hj Mohd Noor tinggal.

Jam 4 petang, sampailah kami ke Kg Tok Perak. Suasana kampung yang tenang dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hj Mohd Noor@ Pak Ngah tersenyum riang menyambut kehadiran kami sambil berpeluk-pelukan. Rupanya, dia peniaga kedai kopi di kampung ini. Kedudukan kedainya di tepi laluan utama kampung berdekatan pula dengan jambatan dan masjid menjadikannya kedainya pusat perkumpulan orang-orang kampung bersantai beramai-ramai. Gerainya sangat simpel dan dia memanggilnya bangsal jer. Air panas dimasak dengan dapur kayu dan minuman dijual dengan harga 80 sen secawan tapi boleh tambah air panas!!!! Sempat juga saya bersalam-salaman dengan mereka dan bertanya kabar dalam lenggok loghat Pattani!!!!

Walaupun singkat, sempat juga saya mengenali Pekan Chennak sepintas lalu. Namun butirannya, saya tidak dapat kabarkan lagi kerana perlu lebih menerokanya lagi pada masa depan.

Read more...

Jejak Waris: Chennak @ Chan na, Selatan Thai 1

"Gi mana be"
"Singgora"
"Kita nak gi Songkla"
"Seghupa la tu"
"Ooooo...gitu"

Itulah antara butir-butir percakapan antara saya dengan Hj Mohd Nor yang akhirnya membawa saya ke bumi Chennak pada cuti tahun baru Cina yang lalu. Pertemuan secara tidak sengaja itu berlaku pada hari Jumaat 9 Januari 2015 sewaktu singgah solat Jumaat di sebuah masjid dalam perjalanan ke Songkla awal tahun ini. 

"Amba rasa segha@mesra sekali bila jumpa demo" gitulah ngomel Hj Mohd Nor atau lebih mesra di panggil Pak Ngah. Dari situ jugak saya baru tergelak dengan kekurangan ilmu bahawa Singgora yang dipelajari dalam Sejarah itulah Songkla pada masa ini. Itulah yang jadi bahan ketawa antara saya dengan Pakngah. Ketawa kami tak habis-habis bila sorang sebut Singgora dan sorang sebut Songkla.

                         

Kunjungan saya sekeluarga ke Chennak atau lebih tepat ke Kg Tok Perak yang letaknya kira-kira dua jam dari pintu sempadan Padang Besar@ Sadoa menimbulkan rasa terkejut kepada Pakngah. Dia tak menyangka bahawa perkenalan singkat kami di masjid tempohari akan berlanjutan ke rumahnya. Alangkah seronoknya saya bila dapat sampai ke kampung halamannya yang terletak di tepi sungai dan ditengah laluan kampung. Rupa-rupanya, Pakngah ni punya pengaruh yang agak besar di kampungnya. Kalau pun bukan Penghulu atau Ketua kampung, tapi PROnya sangat meluas. Sepanjang berada di kampungnya, semua orang yang lalu lalang akan ditegur atau menegurnya dan diikuti dengan aksi kelakar. Hati kecil saya bersyukur, Allah swt temukan insan sepertinya dalam kembara menjejaki waris di bumi Pattani yang penuh nostalgia.

Read more...

Ubahsuai rumah

>> Wednesday, November 26, 2014

Sudah sekian lama saya memendam rasa untuk memiliki sebuah bilik di bahagian bawah. Rumah "besar" yang kami miliki ini sudah memenatkan kudratku yang semakin tua. Rumah asal yang bersaiz dua setengah tingkat ini seperti sudah dapat menewaskan tenaga saya untuk terus berada di tingkat atas sewaktu malam.

Saban waktu, saya memikirkan untuk memiliki ruang bilik yang selesa dan lengkap dengan bilik air di bahagian bawah rumah. Bilik yang sedia ada tidak memenuhi selera ku yang mahukan disediakan sebuah bilik air di dalamnya. Saya tidak kisah dari segi designnya, asalkan ia dapat menyediakan sebuah bilik isterehat yang ringkas dan lengkap.

Bilik itu nanti mungkin boleh dijadikan ruang tidur untuk ibubapa mertuaku yang sedikit uzur akhir-akhir ini. Dengan ruang yang lebih besar dari bilik sebelumnya, tentu persinggahan mereka di rumah ini lebih selesa dan tenang, In shaa Allah.

Akhirnya, dengan melalui beberapa proses "tender", akhirnya kami memilih seorang warga Indon yang dikenali sebagai Andas untuk menyempurnakan hajat kami. Dengan keluasan 15 kaki kali 25 kaki beserta bilik air dan beranda, dia mengenakan kos keseluruhannya sebanyak RM23,000.00. Alhamdulillah, kalau ikut kiraan, kami telah dapat menyelamatkan sejumlah wang apabila dibandingkan dengan tawaran harga oleh dua orang kontraktor sebelumnya.

Kini, setelah 10 hari kerja-kerja tersebut dijalankan, bilik tambahan idaman kami sudah hampir siap. Ia dijangka boleh dihuni pada minggu hadapan setelah proses mengecat, memasang jubin lantai dan kerja-kerja elektrik dan air akan disiapkan tak lama lagi.

Read more...

Tok Lembang : Pengasas Pekan Tambun

>> Wednesday, November 12, 2014

Begitulah nama besar yang mula dilupakan oleh generasi muda hari ini. Tokoh tempatan yang belum dinobatkan sebagai pengasas pekan Tambun ini menjadi bahan tulisanku untuk dipersembahkan kepada Persatuan Sejarah Malaysia. Ramai orang tahu pekan Tambun yang terkenal dengan limau tambun. Namun, hanya segelintir generasi kini yang mengetahui asal usul pembukaan pekan tersebut.

Kajian ringkas saya ini bermula bila suatu ketika saya berkunjung ke sebuah masjid lama di belakang pekan tersebut. Masjid yang sudah berusia puluhan tahun tersebut menyimpan kisah-kisah silam yang sangat mengujakan pada jiwa seorang penyelidik. Orang Sejarahlah katakan. Tiga keping gambar yang paparkan di bahagian luar masjid lama @ Masjid Al Ihtidaiyah mengundang seribu satu persoalan. Siapakah Tok Lembang? Hebatkah orangnya? Apa sumbangannya? Kaya ? Berpengaruh? Pemimpin ? Itulah persoalan yang mendorong saya mencungkil rahsia disebalik tiga keping gambar hitam putih tersebut.
                                     Tok Lembang dan pengikutnya pulang dari berburu. ( Antara gambar yang menjadi sumber ilham menulis)

Kajian ringkas tersebut juga telah saya serahkan kepada pihak Arkib Negara Malaysia Cawangan Perak untuk koleksi mereka. Namun, jujur saya katakan, itu adalah kajian awal untuk merakamkan sumbangan tokoh tersebut kepada negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.Kajian yang lebih mendalam diperlukan kerana sebahagian kajian ini berdasarkan blog-blog tertentu dan temubual dengan para waris Took Lembang sahaja.

Signifikannya kajian ringkas tersebut adalah untuk menobatkan Tok Lembang sebagai pengasas kepada kewujudan pekan Tambun dan sebagai orang yang pertama memperkenalkan tanaman limau tambun atau limau bali di daerah Kinta ini. Jika kita tidak menghargai sumbangan beliau pada masa ini, jangan harap generasi akan datang akan mengingati tokoh ini lagi. Ia akan tinggal dalam lipatan sejarah sahaja.
         
                                                             Tambun kini

Tugas kita sekadar merakamkan kisah sejarah ini sebagai memenuhi minat dan berharap agar ia menjadi iktibar kepada generasi berikutnya. Jikapun esei tersebut tidak memenangi sayembara pertandingan menulis esei anjuran PSM, ia cukup memenuhi maksud peribadi pengkaji.
     
Komplek kedai Majlis Agama Islam  dan Adat Istiadat Melayu Perak atas lot wakaf Tok Lembang

Read more...

Yala - Betong 2

Ke Pengkalan Hulu

Lepas solat jamak, kami teruskan memandu. Along ambik giliran sementara saya mengambil peluang ini untuk memerhati setiap inci bumi Yala - Betong ni dengan penuh minat. Kehijauan dan kesuburan tanahnya jelas kelihatan. Pepohon kayu, kebun getah serta fauna dan flora yang menghiasi laluan kami. Antara nama-nama tempat yang masih saya ingati adalah Pinang dan Bandang Satar. 
Masih teringat juga kami melalui tebingan tasik buatan manusia yang besar dan luas sepanjang menyusuri jalan pulang ke Perak. Entah apakah nama tasik tersebut, saya pun dah lupa. Tapi air yang mengisi tasik tersebut, tidaklah sedalam mana. Aras airnya nun jauh ke bawah. Agaknya, kalu musim hujan, tentulah airnya dalam. Kami pun tak berhenti di sepanjang jalan kerana tak mahu tersekat di pintu imigresen Betong- Pengkalan Hulu. Laluan di sini agak bengkang bengkok tapi jalannya cantik.

Akhirnya, perjalanan kami sudah nak sampai ke Betong. Mungkin 20km lagi gamaknya. Perut pun dah mula terasa lapar. Anak isteri pun sama. Lapar dah weh. Kami berhenti di gerai tepi jalan. Oh..Kampung Gapes kata pekedai tu bila ditanya apa nama kampung ni. Gerai tepi jalan berhadapan dengan masjid Kg Gapes ni menjual mee atau mee hon sup daging itik dan ayam. Haahhh...daging itik!! Eksotik jugak tu..Biasa sup ayam jer. Dua mangkok jjalan daaa..

Sambil layan mee sup itik, azan Asar berkumandang daripada masjid kampung di lereng bukit tersebut. Gerai yang terlindung dengan bayangan banjaran bukit itu tambah mengasyikan kerana dibuai dengan angin petang yang menenangkan. Adusss... kampung Gapes...masih terkenang kampung tersebut. Sewaktu jemaah berpergian ke masjid tersebut, kami leka menikmati sajian petang terakhir sebelum melangkah ke sempadan balik ke tanahair tercinta. 

Sempat juga kami bersilaturahim dengan dua keluarga dari Ipoh yang baru melangkah masuk ke Selatan Thai. Hari dah petang, tapi mereka masih berleka-leka di Kampung Gapes. Saya nasihatkan mereka agar bersegera ke Yala jika tidak mahu menginap di pekan Betong. Ini kerana, laluannya agak sunyi pada petang hari atau malam dan perlu lalui "check point" tentera pada waktu malam. Dari percakapan mereka, niatnya nak tidor di Yala, sedangkan jam dah pukul 5 petang. Kalu diambilkira dua jam memandu, mereka akan bermasalah mencari penginapan di Yala. Apatah lagi, mereka pun kali pertama berkonvoi ke Yala.
Kami tinggalkan mereka dengan beberapa tips agar selamat dalam perjjalanan. Rupanya, deme tu pun orang Meru dekat Jelapang, Ipoh.

Oh...cerita kami belum selesai. Sampai di pintu imigresen Thai, cop paspot dan serah borang kastam. Clear dan no problem. Masuk pulak imigresen Malaysia. Cop paspot sambil hulur dari dalam kereta. Jangan lupa, turunkan tingkap. Senyum sokmo kat pegawai imigeresen. Setel. Lalu pulak depan kastam. Buka cermin lagi. Haaa....apa tu? Tanya seorang pegawai kastam. Bulu kening Hilux, kata saya. Wehh...kena cukai rupanya. Barang pengguna walaupun untuk guna sendiri. Cukai 40% !!!! Adussss...duit pun dah kering pulak. Tinggal duit Siam jer untuk koleksi. Akhirnya, dapat diskaun sebab tak tahu bahawa barangan gitu kena caj. Bayar jugalah RM20. "Kalau encik tak bayar, kat depan sana ada UPP pulak!! nasihatnya berbaur amaran tuu...

Selepas berehat sebentar di sekitar Kompleks Pengkalan Hulu untuk urusan beli jajan, kami memandu ke pekan Pengkalan Hulu. Pekan yang pernah mendapat nama jolokan "tempat jin bertendang" suatu masa dahulu. Sekadar melintas sambil mencari stesen minyak dan nak ambik duit. Selesai urusan di Petronas Pengkalan Hulu, kami teruskan pemanduan menuju ke Grik. Singgah solat jamak di bandar Grik dan hujan mula renyai-renyai.  Kali ini saya pula yang memandu. Iffah merengek nak makan tapi yang lain semua dah tak sabar nak sampai Ipoh. Nora keluarkan nasi kerabu pagi tadi dan menyuap Iffah agar kami tak perlu berlengah-lengah dalam perjalanan pulang. Along dah nak balik ke UTP malam tu jugak. Akhirnya, lebih kurang jam 10.00 malam, kami selamat tiba di Ipoh dengan selamat. Syukur padaMu Ilahi..niat dan hajatku sudah termakbul.

Kembara ini sangat mengujakan dan melatih kami mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan. Terasa dekat dihati bumi Pattani. Oh.. Al Fathoni. Saya mula mengcongak. Kalau ditakdirkan untuk datang lagi ke Yala seorang diri, mungkin datang dengan pengangkutan awam. Boleh rilek sambil menikmati kehijauan alam sepanjang jalan. Dari Ipoh, naik bas ekspress Broadway baru RM19.00 sampai Betong. Lepas tu, naik pula teksi Mercedes, dari Betong ke pekan Yala dengan tambang RM13.00. Teksi Betong- Yala semuanya Mercedes!!!.Lagi pun, dengan pengangkutan awam, banyak inffo boleh dicari kalau kita pandai korek.

Yala....tunggu aku datang lagi....
   

Read more...
Blog Widget by LinkWithin