Penangan Nasi Arabbbbbbbb!!!!!!!!

>> Wednesday, July 28, 2010

Dah lama orang dok bercerita pasal nasi Arab nih. Bagi mereka yang dah sempat ke Mekah untuk umrah dan berhaji tentulah bukan menjadi perkara yang pelik. Nasi Arab bukanlah pelik pada mereka. Malahan bagi mereka yang sering berurusan di Kuala Lumpur, Cyberjaya, dan bandar-bandar besar, nasi Arab dah mangli pada mereka.

Hajat nak rasa nasi Arab ni dah berkobar sejak adik ipar yang tinggal di Putrajaya selalu dok cerita tentang menu tersebut. Maklumlah, dia orang tahu yang abang ipar ni memang kaki makan!!!! Dok terliur sokmo bila diaorang dok sebut pasal kesedapan nasi Arab berlaukan kari kambing..

Nak jadi rezekilah katakan. Waktu turun ke KL tempohari, adik saya membawa kami sekeluarga ke restoran Al Rawsha kat area Ampang tuu, dekat Kelab Aman..Tengok pada suasana pun dah macam kat negeri Arab walaupun tiada yang berjubah. Tapi selain muka-muka Arab, orang Melayu kita pun ramai bertamu di situ. Lamb Kabash, Chicken Kabsh...gitulah lebih kurangnya nama menu yang dipesan. Sambil tu, mata dok jeling menu yang dipesan oleh orang lain. Nak sebut tak reti, cuma tunjuk ...yang orang tu makan apa bendanya???gitulah proses nak tau nama menu Arab..Oleh kerana dah lama dok niat nak makan nasi Arab, saya pun order lamb Kabash .... nasi berlaukkan daging kambing..

Betullah....sedap oiiii!!!! Sepinggan besar harganya RM25 tapi kongsi dua orang makan. Nasinya lembut dan boleh dimakan begitu saja walaupun tanpa lauk..Tapi dah ada kari kambing, janganlah buat jual mahal pulak..kan kambing tu kegemaran saya..licin dalam masa 15 minit...hirup pula teh arab berperisa daun pudina. Memang berbaloilah kalu orang kata nasi Arab mahal!!!!

Sekali lagi, bila berurusan dengan IPG Induk di Cyberjaya, nasi Arab juga yang saya cari..Saba Restoran..tapi kat sini makan tanpa kuah....wah lebih sedapppp!!!!!daging kambingnya cukup lembut dan dicicah dengan sambal Arab juga...pendek kata, nasi Arab pasti ku ulangi lagi....

Read more...

Menulis

>> Tuesday, July 27, 2010

Btullah kata rakan-rakan penulis...kalau dah berhenti menulis, ia akan ambil masa yang panjang untuk kembali menulis..Ada jer alasan dalaman yang menghambat naluri untuk menulis. Kena ada moodlah, idea apa yang nak ditulis, nak crita tentang apa, ok ke benda yang nak ditulis, menarik ke bahan yang nak dipaparkan, dan entah apa-apa lagi perkara yang menghantui fikiran bila nak menulis semula.

Minggu ni, disebutkan lagi btapa perlunya untuk para guru terlibat dengan bidang penulisan. Pihak DBP dan JIP bersama-sama mengelolakan satu bengkel untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Nampak pada lahirnya macam mudah jer, tapi bila penceramah mengulas teknik-teknik dan perkara-perkara yang brkaitan dengan mauduk hari ini, ternyata banyak perkara harus diambilkira..Yang pasti bagaimana kita hendak meletakkan diri kita dalam dunia kanak-kanak!!!!! Zaman yang telah aku lalui 47 tahun yang lalu...namun tak salah untuk mencuba mengasah bakat dalam menulis buku cerita kanak-kanak ni.....

Read more...
Blog Widget by LinkWithin